Tuesday, 4 September 2012



Perdana Menteri Malaysia Keenam
(Dato' Seri Najib Tun Razak)

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang,
Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah.
Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah
Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di
St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya,
beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa,
beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri,
Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan
Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan
pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya,
menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan,
namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah
selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia.
Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara,
UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib
sebagai ahli Parlimen Pekan.
Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu,
Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.

Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun
setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat
bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai
peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya,
Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan
perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 57 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
             Norashman Razak



Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

Thursday, 23 August 2012

1Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.

Slogan 1Malaysia


Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.
TahunTema
2009Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010Menjana Transformasi
2011Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera

[sunting]

Logo 1Malaysia


Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Logo 1MALAYSIA :

Kekeliruan Maksud


Terdapat dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia . Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza. Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat. Masing-masing mempunyai pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan kerana pemahaman setiap agama itu berbeza dan dengan ini saya berasakan ia perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak salah tanggapan.
Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan  Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

Bangsa Malaysia

Pada 5 Ogos 2010 , Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia . Beliau turut mempertikaikan konsep 'Bangsa Malaysia' yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu. Sepatutnya biarkan konsep itu berkembang sendiri (evolusi) dan tidak ada tempoh masa tertentu.

Pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan di Selangor

Pada 22 Disember 2011, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah mengumumkan pengharaman logo 1 Malaysia di papan-papan iklan yang berada di negeri Selangor, kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik. Namun begitu, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu telah ditarik balik semula oleh Kerajaan Negeri Selangor, kerana dasar larangan tersebut telah mengenepikan nilai demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negeri Selangor.